Skip to content

Warisan Abadi – Meneruskan Tradisi, Menjiwai Jati Diri, Merentasi Generasi

Dalam setiap karya yang tersurat, seribu satu cerita yang tersirat, tidak terukur nilai yang terpahat. Untuk Syawal tahun ini, POYA melalui koleksi Warisan Abadi ingin membawa makna kepada generasi masa kini dengan mengangkat nilai-nilai yang semakin pudar menjadi kenangan, 

Koleksi busana daripada POYA bukan hanya secarik kain untuk diperagakan – setiap satunya menjadi simbol kepada nilai, adat dan budaya yang diwarisi daripada mereka yang terdahulu. Warisan Abadi bukan sekadar mengekspresikan nilai seni fesyen, tetapi turut menjadi seruan untuk setiap generasi terus menghormati akar lama yang merimbunkan pokok hari ini, selain terus menghayati khazanah nenek moyang masing-masing.

Molek bagai puisi, koleksi Warisan Abadi kembali merangkul tradisi yang seharusnya menjadi tulang belakang untuk generasi kini dan akan datang. Di kala adat dan budaya semakin memudar pada mereka yang leka, cabang-cabang yang masih bisa membawa pengaruh seperti fesyen mendokong peranan penting sebagai sebuah manifestasi bagi nilai-nilai yang sewajarnya dijulang tinggi.

Setiap kehalusan dan keluhuran yang lahir daripada jalinan yang sarat dengan kebermaknaan, Warisan Abadi tampil menjadi penjalin kesinambungan antara masa silam dan masa depan – merentasi rentetan waktu dengan penuh penghargaan, seiring majunya zaman.

Warisan Abadi juga membisikkan seruan yang tidak lemas dalam hanyutan, tidak hangus dalam bara kemodenan – nilai-nilai yang menjadi panduan dalam terus memangku warisan, dalam melakar langkah dengan penuh kemuliaan dan keimanan.

Busana yang digayakan juga mempersembahkan nilai-nilai yang membentuk jati diri, yang mengisi minda dan jiwa. Untuk koleksi kali ini, POYA ingin menanam rasa bangga akan identiti yang sebenar, dengan mengingatkan bahawa keunikan sebenarnya terletak pada akar dan budaya, pada segala pesanan yang diwarisi daripada generasi ke generasi.

Dalam kepelbagaian budaya dan tradisi, Warisan Abadi ingin membawa dunia hari ini kembali kepada akar, kepada titik di mana semuanya bermula.

POYA juga masih meneruskan tradisinya yang tersendiri dengan menawarkan kualiti. Setiap busana bukan hanya untuk hari ini, tapi boleh bertahan bertahun lamanya hingga mampu diwarisi oleh generasi seterusnya. Fabrik premium penuh eksklusiviti, seni buatan tangan yang tidak terbanding kualiti – bawa pulang helaian warisan yang penuh nilai untuk menjadi kisah dan kenangan abadi.

Koleksi Warisan Abadi menawarkan pelbagai rekaan, corak, warna serta potongan. Seleksi busana seperti variasi Baju Kurung, Baju Kurung Kedah dan Baju Kebaya menampilkan pilihan dalam jenis potongan serta saiz tanpa mengira umur dan bentuk badan. Pilihan saiz adalah daripada XS sehingga 3XL.

Hayati keunikan serta keistimewaan koleksi ini di butik POYA di Bangsar Shopping Centre atau buat pembelian terus daripada laman web poya.com.my.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options