Skip to content

Kualiti dalam Kelas Tersendiri

Untuk Syawal kali ini, meski pun POYA Raya membawakan sebuah koleksi yang mengetengahkan versatiliti menerusi kepelbagaian dalam rekaan, koleksi Momentari Aidilfitri 2023 menghimpunkan pilihan khas untuk mereka menghargai buatan penuh kualiti serta nilai estetik yang mewah.

Fesyen adalah suatu ekspresi bagi keperibadian seseorang wanita. Mereka yang suka tampil berbeza dan lain daripada yang lain pasti akan terpesona dengan koleksi ini yang menyelitkan elemen penuh kemewahan dan keanggunan dalam setiap busana.

Koleksi Momentari Aidilfitri 2023 mengekalkan identiti jati POYA yang mementingkan seni pembuatan berkualiti dalam setiap aspek seperti pemilihan fabrik hinggalah kemasannya. Kain premium dipilih dengan penuh ketilitian untuk meningkatkan nilai busana itu sendiri, selain memperlihatkan keunggulan warisan tradisi.

Kain songket, tenun, brocade sutera, sulaman emas adalah antara pilihan yang ditawarkan dalam koleksi ini. Selain membawa nilai estetik yang menjadi daya tarikan busana tradisional Melayu, fabrik premium biasanya dibuat dengan tangan menggunakan teknik yang telah disempurnakan sejak berzaman lamanya. Maka, kualiti tidak sesekali menjadi kompromi, menjanjikan busana yang tahan lama hingga boleh diwarisi generasi seterusnya.

Fabrik premium yang berkualiti tinggi juga mempunyai kelebihan tersendiri dengan sifat bernafas atau ‘breathability’ yang memberikan keselesaan kepada si pemakai walaupun dalam cuaca panas.

Namun, apa yang paling digemari oleh golongan yang sukakan gaya mewah dan anggun itu adalah nilai eksklusiviti. Setiap buatan fabrik dan busana daripada koleksi ini mengetengahkan elemen istimewa serta sentuhan unik, menzahirkan sebuah penampilan yang eksklusif dan dalam kelas yang tersendiri.

Seleksi busana seperti variasi Baju Kurung, Baju Kurung Kedah, Baju Kebaya dan Baju Kebarung menampilkan pilihan dalam jenis potongan serta saiz tanpa mengira umur dan bentuk badan. Pilihan saiz adalah daripada XS sehingga 3XL.

Untuk menikmati keindahan koleksi Momentari Aidilfitri 2023, anda boleh ke butik POYA di Bangsar Shopping Centre atau membuat pembelian terus daripada laman web kami, poya.com.my

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options