Skip to content

Jalinan Emas, Bersulam Kasih, Bertekad Budi

Suatu peragaan khazanah yang bernilai melalui karya yang tersurat, sebuah ekspresi bagi iktikad yang cukup berharga menerusi makna yang tersirat. Untuk Syawal kali ini, POYA sekali lagi mendokong peranan dalam menghidupkan budaya dan warisan baju tradisional dengan koleksi Raya 2025, Jalinan Emas, Bersulam Kasih, Bertekad Budi.

Mempamerkan keistimewaan khazanah emas dari Tanah Melayu, POYA menjadikan perhiasan-perhiasan yang digayakan bersama koleksi tahun ini sebagai inspirasi yang menjadi nadi kepada karya yang terhasil. Walaupun tidak menjadi sebahagian daripada koleksi ini sendiri, elemen-elemen seperti sulaman keringkam, tekat benang emas, tenunan songket, cucuk sanggul bunga goyang dan rantai susun memberikan ilham kepada satu sentuhan klasik yang membuatkan Jalinan Emas, Bersulam Kasih, Bertekad Budi begitu unik.

Dengan mengetengahkan elemen emas yang menjadi motif utama dalam setiap helaian busana, koleksi ini juga boleh dilihat sebagai satu daya dalam mengangkat martabat seni tradisional, khususnya sulaman, yang turut menjadi simbol kepada hubungan kekeluargaan yang erat tersulam dalam setiap jalinan.

Intan itu tetap intan, emas itu tetap emas, walau di dalam lumpur sekalipun.

Terselit bait bermakna dalam pepatah lama, yang membawa maksud nilai sebenar takkan pudar, dalam apa saja, walau apa jua. Bukan sekadar menggambarkan gaya busana POYA yang tidak lapuk ditelan kemodenan, serta kualiti yang direka untuk bertahan berzaman-zaman, ia juga melambangkan betapa berharganya nilai kekeluargaan yang menjadi cahaya utama dalam menyulam kemesraan, dalam membangkitkan kemeriahan setiap perayaan.

Setiap karya daripada POYA bukan sekadar fesyen dan pakaian – setiap satu rekaan adalah jalinan istimewa yang menggabungkan keindahan seni, kreativiti serta rasa cinta yang mendalam terhadap sebuah warisan, terhadap suatu legasi. 

Koleksi Jalinan Emas, Bersulam Kasih, Bertekad Budi mempersembahkan pelbagai rekaan, corak, warna serta potongan. Seleksi busana seperti Baju Kurung, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Pahang, Baju Kebaya dan Baju Kebarung bukan sahaja ideal dijadikan baju Raya, tapi turut sesuai dijadikan pakaian harian untuk ke tempat kerja atau di mana-mana untuk tampil cantik dan sopan.

Setiap busana POYA mewujudkan daya keanggunan yang sarat dengan aura kemewahan, selain mengekalkan kesantunan dan kelembutan yang menjadi sebahagian daripada jati diri wanita. Di samping memelihara warisan baju tradisional, POYA juga terus menyemarakkan tradisinya yang tersendiri – keselesaan tidak sesekali menjadi kompromi.

Fabrik kapas, renda, brocade, songket dan lain-lain memberikan memberikan versatiliti melalui seleksi premium yang berkualiti tinggi. Pilihan warna yang ditawarkan juga mempersembahkan variasi dan boleh disesuaikan mengikut gaya atau tema yang diinginkan. 

Koleksi POYA menampilkan pilihan dalam jenis potongan serta saiz, tanpa mengira umur dan bentuk badan. Pilihan saiz adalah daripada XS sehingga 3XL. 

Hayati keunikan serta keistimewaan koleksi Jalinan Emas, Bersulam Kasih, Bertekad Budi ini di butik POYA di Bangsar Shopping Centre atau buat pembelian terus daripada laman web poya.com.my.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options