Skip to content

Hikayat Pesona Si Puteri

Pesona sebenar seorang wanita lahir daripada jati dirinya. Sifat-sifat unik dan istimewa seseorang wanita itu bukan sahaja menjadi teras kepada keperibadiannya, malah mampu menyinarkan ilham serta menjadi inspirasi kepada mereka di sekelilingnya.

Hikayat Pesona Si Puteri meraikan keunikan dan keistimewaan wanita yang tahu menghargai nilai dirinya, yang bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan, yang berjiwa kental dan berani tetapi berbudi pekerti, yang berjaya menjejak langit namun masih mahu berjalan seiringan yang lain, yang kekal menjunjung warisannya di kala melayari arus pemodenan,

Sifat-sifat inilah yang menjadi pesona sebenar seorang wanita, yang menjadi lambang kekuatan dan kecantikan, yang menjadikan wanita hari ini persis seorang puteri.

Koleksi Hikayat Pesona Si Puteri menawarkan seleksi busana mewah yang menghimpunkan pelbagai elemen klasik. Menyerlahkan ciri-ciri unik yang menjadi daya tarikan busana tradisional Melayu, pilihan Baju Kurung, Baju Kedah serta Baju Kebaya dalam koleksi ini mempertemukan keindahan tradisi dan kemodenan untuk memberikan gaya lestari yang tidak lapuk ditelan zaman.

Meskipun unggul dengan keagungan elemen warisan, koleksi Hikayat Pesona Si Puteri masih memperlihatkan kelembutan untuk mengiringi kesantunan si pemakai. Keselesaan juga bukan satu kompromi, kerana setiap busana direka khas untuk memberikan versatiliti agar sesuai digayakan dalam pelbagai acara dan keadaan.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options