Empat wanita dari latar belakang dan profesion berbeza dipilih untuk menggayakan koleksi klasik jenama POYA yang terdiri dalam pelbagai potongan.
Petang itu riuh sebentar di Ara Damansara dengan kehadiran empat jelitawan ralit memilih baju kurung dan kebaya yang berkenan di hati. Potongan klasik yang menjadi identiti jenama POYA ini sememangnya sering menjadi pilihan buat mereka yang menghargai kesenian dan kekayaan budaya dan akar umbi bangsa kita. Lebih menarik dengan suai padan fabrik yang menyuntik nafas lebih kontemporari dengan gaya tersendiri mengikut cita rasa yang menggayakannya. Kesesuaian mengikut gaya hidup dan personaliti berbeza antara wanita ini menyerlahkan lagi sisi glamor setiap dari mereka. Nur Diah Kamarul Bahrin, Katrina Khairudin dan Amirah Abdul Majid dan Shehnaz Shariff bercerita mengenai pakaian tradisional Malaysia dan mengapa butik POYA menjadi pilihan mereka.
Pendapat anda mengenai pakaian klasik untuk digayakan masa kini.
Amirah: Pada saya, pakaian klasik merupakan pilihan yang mudah untuk menghadiri majlis formal seperti majlis perkahwinan dan bertunang, sambutan perayaan selain dari meraikan Hari Raya. Tapi konteks hari ini menjadikan pakaian seperti ini juga sesuai untuk saya gayakan pada hari bekerja dan majlis rasmi kerajaan. Tambahan pula jika kita perlu berkunjung ke Istana untuk sebarang upacara seperti penganugerahan pingat. Ia sudah seperti kod pakaian tradisional Malaysia yang diterima di mana sahaja untuk sebarang acara. Bukan hanya keperluan formal, penggayaan pakaian tradsional kaum Melayu kini sudah dipermodenkan, menjadikannya sesuai dipakai untuk gaya seharian. Pemilihan fabrik yang lebih kontemporari menjadikan top seperti kurung kedah, kebaya pendek lebih mudah dicuba. Melihat personaliti-personaliti fesyen menggayakannya sebegitu terasa ingin pula mencuba. Paling penting, fabrik yang dipilih khasnya yang tersedia di Butik POYA ini pelbagai seperti songket, renda atau les, batik, kain kapas serta sutera memberikan pilihan yang luas dan keselesaan.
Adakah anda mempunyai sebarang memori silam yang boleh dikongsikan apabila berbicara mengenai pakaian klasik seperti kurung dan kebaya?
Katrina: Sebenarnya, pengalaman melanjutkan pelajaran di bumi asing yakni United Kingdom menjadikan saya lebih cinta pada busana klasik seperti yang ada di POYA. Pada hari- hari tertentu, apabila rindukan tanah air dan keluarga, pakaian klasik inilah yang menjadi pilihan saya. Bukan hanya untuk majlis keraian di kedutaan, saya turut memilih untuk mengenakan baju kurung hanya untuk ke kelas dan kuliah pengajian. Corak dan rekaan yang unik ini menjadi kekayaan budaya kita, lantas menarik perhatian rakan sekelas yang sering bertanya apabila saya menggayakan baju kurung. Tanpa segan silu saya akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai pakaian klasik yang saya dapatkan di butik POYA ini. Terfikir juga mungkin saya patut menggayakan fesyen-fesyen lain seperti kurung Pahang, kebarung juga kebaya pendek atau kebaya panjang. Pasti kelihatan manis apabila saat dipadankan bersama kain batik dan kain batik kipas, lengkap dengan aksesori seperti dokoh dan kerongsang.
Amirah: Saya juga mempunyai memori tersendiri apabila berbicara mengenai pakaian tradisional kaum melayu ini, juga bersama jenama POYA. Memori bersama adik beradik dan keluarga dalam memilih persalinan dan warna yang ingin dijadikan sebagai tema untuk setiap sambutan Hari Raya dan majlis kenduri kahwin akan sentisa tersemat di minda. Masing-masing ada idea dan cita rasa sendiri. Kini apabila sudah mempunyai keluarga sendiri, saya akan sentiasa mengingati momen memilih pakaian Raya untuk anak-anak pula. Dan yang paling terkesan adalah kebaya untuk anak saya, Lulu dalam warna pink bersama kain corak kotak-kotak rona biru semestinya daripada POYA. Comel sungguh persalinan itu buat Lulu.
Aspek yang menjadi keutamaan anda apabila memilih pakaian.
Katrina, Nur Diah & Amirah: Warna, cutting atau potongan juga keselesaan. Bagi wanita, tiga perkara ini perlu kami titik beratkan dalam penampilan secara amnya. Oleh itu apa yang tersedia di Butik POYA sememangnya memudahkan kami membuat pilihan. Ini kerana biarpun menggayakan busana klasik kami masih mahu kelihatan trendy, bergaya dan merasa selesa. Paling penting, dengan potongan yang tepat, kami akan kelihatan lebih kurus. Inilah sebabnya butik POYA selalu menjadi pilihan untuk mendapatkan seleksi pakaian klasik kami seperti kebaya, baju kurung serta kain batik.
Adakah pilihan fabrik merupakan perkara yang menjadi keutamaan anda dalam memilih pakaian? Mengapa?
Katrina: Sudah semestinya. Ada dua faktor mengapa fabrik turut menjadi salah satu elemen yang saya pertimbangkan apabila memilih pakaian. Oleh kerana kebanyakan baju tradisional ini digayakan pada majlis-majlis sama ada outdoor mahupun indoor, saya perlu memastikan fabrik yang dipilih bersifat tidak panas agar rasa selesa untuk bergerak dan tidak menjadikan saya berpeluh dengan keterlaluan, khususnya di majlis outdoor. Aspek kedua adalah reka letak pakaian apabila disarung pada tubuh. Tapi apabila berkunjung ke POYA, saya tahu saya tidak perlu khuatir kerana jenama ini sudah berada lama di pasaran dan mereka bijak dalam memastikan setiap rekaan dan fabrik yang dipilih mempu menyerlahkan kejelitaan setiap wanita.
Pandangan pertama anda apabila melihat dan menggayakan baju daripada POYA?
Katrina, Nur Diah & Amirah: We definitely love it. Biarpun koleksinya ready to wear, tetapi setiap rekaan hadir dalam kuantiti terhad sama ada dalam pilihan fabrik mahupun warna. Semestinya kami mahukan sesuatu yang eksklusif. Rekaannya unik namun masih mengekalkan rasa busana klasik. Yang menjadikannya lebih moden adalah jenis fabrik juga pilihan warna terang dan terkini. We still look classy and elegant at the same time tanpa perlu terlalu mencuba. Cukup dengan melengkapkan gaya dengan aksesori kerongsang dan dokoh.
Adakah anda bersetuju bahawa pakaian klasik sebegini hanya sesuai digayakan pada majlis tertentu sahaja?
Nur Diah: Tidak semestinya. Biarpun ia adalah pakaian tradisional Malaysia, jika anda bijak memilih suai padan yang tepat, anda boleh menggayakan pakaian sebegini untuk ke pejabat atau menyelesaikan kerja seharian. Contohnya, kurung Kedah yang berpotongan longgar sesuai digayakan pada waktu santai hujung minggu bersama teman dan keluarga. Manakala jika anda mempunyai majlis formal, pilihan yang lebih form fitting seperti kebaya sama ada kebaya pendek atau kebaya panjang tampak kemas dan rapi selain menyerlahkan figura wanita semestinya sesuai menjadi pilihan.
Bagaimanakah anda melihat pakaian sebegini sebagai satu pelaburan kepada meneruskan warisan budaya yang tidak ternilai?
Nur Diah: Tradisi merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya dan salah satu tradisi yang kita semua mampu untuk pelihara adalah seni busana klasik yang sememangnya kaya dengan elemen sejarah dan budaya. Biarpun ia merupakan pakaian tradisional kaum Melayu, hari ini kita dapat melihat pelbagai bangsa sudah dapat menerima dan memilih untuk menggayakan pakaian tradisi ini menjadikannya seperti pakaian tradisional Malaysia. Adalah lebih penting untuk memastikan generasi muda kita mengenali dan membiasakan diri dengan pakaian tradisi ini agar legasi milik kita ini akan diteruskan. Sebenarnya pakaian tradisional ini juga turut menjadi salah satu tarikan kepada pelancong apabila melihat kehalusan pembuatan dan keindahan warna yang dipilih buat busana klasik ini. Hari ini segalanya lebih mudah. Dengan hanya berkunjung ke butik POYA yang terletak di Bangsar Shopping Centre atau Empire Shopping Gallery, Subang Jaya anda boleh memilih aneka gaya dan potongan seperti kebarung dan baju kedah dalam fabrik berbeza seperti les dan songket yang memaparkan elemen kemewahan. Atau baju kurung dan kurung Pahang dalam fabrik sutera mahupun kapas yang boleh disuai padan menjadi pakaian harian. Paling penting, ia ready to wear dan anda tidak perlu menunggu ia siap untuk digayakan ke majlis.