Skip to content

Warna-warni Aidilfitri

Setelah sebulan melayari cabaran di sebalik keindahan bulan Ramadan, tentunya ramai yang menanti-nantikan ketibaan Syawal yang penuh dengan warna-warni. Sudah menjadi sesuatu yang sinonim dengan musim perayaan ini untuk membeli baju baru bagi menambahkan lagi kemeriahan suasananya.

Koleksi terbaru daripada POYA, Hikayat Pesona Si Puteri bukan sahaja menampilkan fesyen baju Raya yang mewah dengan elemen tradisional, tetapi turut menawarkan warna-warna yang bakal menyemarakkan lagi Aidilfitri 2021.

Ramai yang gemar bergaya dalam warna sedondon ketika meraikan Hari Raya, maka koleksi Hikayat Pesona Si Puteri membawakan pelbagai rona daripada warna neutral, warna gelap serta warna yang terang dan berani untuk memenuhi pilihan serta tema Raya 2021 masing-masing.

Warna neutral

Apabila menyebut tentang warna neutral, rata-ratanya akan memilih rona nude. Sebenarnya, banyak lagi warna yang boleh dikategorikan sebagai warna neutral. Warna neutral selalunya menjadi pilihan ramai sebagai tema baju Raya kerana sifatnya yang “selamat” dan mudah digayakan bersama warna lain.

Dalam koleksi Raya 2021, POYA menawarkan pelbagai jenis baju tradisional dengan pelbagai potongan dalam warna neutral. Antaranya Kurta Belah Embroidery yang menampilkan kelainan dengan belahan di depan dan belakang. Warna lembutnya tampak mewah dengan fabrik yang bertekstur, tetapi masih memberikan keselesaan walaupun dipakai sepanjang hari kerana mempunyai full lining pada bahagian dalam.

Warna yang neutral boleh nampak lebih menarik dan “hidup” jika dipadankan bersama warna yang bercorak harmoni. Kurta Belah Embroidery cantik dipadankan bersama Kain Batik Kipas yang mempunyai pilihan warna yang menarik.

Rona putih juga termasuk dalam warna neutral. Bukan sahaja kelihatan suci dan bersih, rona putih memberikan aura yang mewah di sebalik kelembutannya. Koleksi tahun 2021 menawarkan beberapa pilihan Baju Kurung, Baju Kedah serta Baju Kebaya dalam rona putih, di mana setiap busana mempunyai daya penariknya atau “pemanis” yang tersendiri seperti tekstur fabrik yang berdimensi, hiasan syiling dan sebagainya.

Mungkin ada yang menyangka rona kelabu termasuk dalam kategori warna gelap, tetapi rona kelabu sebenarnya adalah salah satu warna neutral yang cukup mudah dipadankan dengan apa jua warna. Baju Kurung Moden Sara memperagakan motif hiasan menggunakan sequin untuk memberi sentuhan kontemporari, digandingkan bersama rona kelabu yang tampak cukup elegan.

Warna terang dan berani

Bagi mereka yang ingin tampil berbeza daripada yang lain, pilihan warna yang terang dan berani amat sesuai untuk menghidupkan lagi keceriaan Syawal. Terdapat pelbagai rona serta corak yang boleh memberikan gaya yang menarik dan eksklusif.

Baju Kedah Lily Blue mempertemukan corak yang kontemporari dengan nilai estetik busana tradisional untuk memberikan gaya yang berdimensi baru, di samping menawarkan keselesaan dengan fabrik lembut, selesa dan menyerap peluh. Pilihan-pilihan daripada POYA hanya menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas.

Gabungan warna-warna yang terang bersama corak geometri yang diinspirasikan daripada Pua Kumbu melahirkan sebuah busana yang cukup mewah dan unik, iaitu Baju Kurung Linen Pua Ikat. Si pemakai pasti mencuri tumpuan dengan gaya yang berani, tetapi masih mengekalkan kesantunan serta kelembutan dalam memakai baju tradisional.

Bagi mereka yang gemarkan busana berwarna terang seperti fuschia, biru dan ungu tetapi tidak terlalu penuh dengan corak, koleksi Raya 2021 juga ada membawakan beberapa pilihan Baju Kurung dan Baju Kedah dalam fabrik polos yang diserikan dengan “pemanis” yang sederhana pada kelim di lengan, bahagian bawah baju atau kain.

Antara kelainan dalam Koleksi Hikayat Pesona Si Puteri adalah Kebaya Dwi Colour yang menyatukan warna-warna terang melalui konsep ombre. Cukup klasik dengan potongan yang eksklusif, namun masih ada sentuhan moden untuk memberikan gaya yang unik.

Baju Kurung Embun Kotak Emas pula menampilkan rona hijau pucuk pisang yang merupakan keluarga warna yang sama dengan tennis green yang menjadi warna pilihan atau trend untuk tahun 2021. Dengan keseimbangan warna bersama kesederhanaan coraknya, busana ini tampak cantik dan manis.

Warna gelap

Bertentangan dengan kefahaman ramai, warna gelap tidak semestinya terhad kepada rona hitam sahaja. Terdapat banyak lagi pilihan warna yang sesuai untuk mereka yang memang sukakan warna gelap. Rona biru tua atau navy blue adalah rona gelap yang cukup anggun, serta boleh memberikan ilusi yang lebih tinggi dan langsing buat si pemakai.

Salah satu warna gelap yang unik adalah terracotta, yang kelihatan seakan-akan warna merah hati tetapi sebenarnya mempunyai sentuhan rona jingga. Koleksi Aidilfitri 2021 membawakan Baju Kurung Gelombang dalam rona ini, memberikan gaya yang penuh dengan elemen busana warisan yang mewah. Baju Kurung Gelombang tidak mempunyai pesak atau kekek, jadi amat sesuai untuk mereka yang gemarkan potongan yang longgar dan selesa.

Ada kalanya, busana warna hitam boleh nampak suram dan tidak berseri, jadi cukup penting untuk setiap busana itu mempunyai tarikannya yang tersendiri. Baju Kurung Che Kiah Cekak Musang nampak cukup “hidup” dan menarik walaupun dalam rona hitam, dek fabriknya yang mempunyai efek berkilat selain kemasan leher cekak musang yang mencuri tumpuan.

Antara rona yang versatil adalah kelabu, kerana boleh dikategorikan sebagai warna neutral dan warna gelap. Baju Kebaya Kirana Zig Zag memperagakan corak yang penuh serta potongan yang cukup eksklusif dan unik. Belahan pada bahagian depan juga membolehkannya dipakai sebagai jaket atau kot panjang.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options