Skip to content

Gandakan Kemeriahan Syawal

Ketibaan Syawal adalah waktu-waktu yang ditunggu, di mana keluarga dan rakan-rakan sama-sama berkumpul untuk menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Dalam kemeriahan ini, antara yang paling berharga adalah hubungan kekeluargaan yang menjadi keindahan dan membawa makna sebenar dalam sambutan perayaan.

Koleksi terbaru daripada POYA Light, Senada Raya 2023 ingin mengekspresikan keindahan hubungan antara seorang ibu dan anak yang memang tidak tergambar nilainya. Buat pertama kalinya, Senada Raya 2023 menghimpunkan rangkaian busana tradisional yang direka khusus untuk ibu-ibu yang gemar bergaya sepadan dengan anak gadis mereka.

Setiap elemen tradisional yang menghiasi busana si ibu kini dapat juga diwarisi dan digayakan oleh si kecil, mewujudkan sebuah Lebaran yang lebih ceria dan bermakna untuk semua.

Trend ‘twinning’ yang hangat dalam dunia fesyen kini bukan hanya fesyen, namun dapat mengeratkan lagi kemesraan dalam hubungan antara si ibu dan anak, selain memudahkan persiapan serta pencarian pakaian sempena Aidilfitri..

Senada Raya 2023 menawarkan pilihan yang menarik dengan pelbagai rekaan, corak, warna dan potongan. Setiap busana juga diperbuat daripada koleksi fabrik premium yang menjanjikan keselesaan bagi kedua-dua ibu dan anak. Seleksi busana seperti variasi Baju Kurung, Baju Kurung Kedah, Baju Kebaya dan Baju Kebarung didatangkan dalam pelbagai saiz dan jenis potongan. Pilihan saiz adalah daripada XS sehingga 3XL.

Untuk mencipta kenangan yang lebih manis pada musim perayaan kali ini, dapatkan koleksi ini di butik POYA di Bangsar Shopping Centre atau buat pembelian terus daripada laman web kami.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options