Solusi Pakaian Tradisional, POYA bawakan idea busana klasik kontemporari sambil mengekalkan keayuan wanita melayu yang sofistikated

Sedar atau tidak, kekayaan adat dan budaya yang terdahulu telah mewariskan kita dengan gaya hidup yang penuh santun dan susila untuk memastikan masyarakat sentiasa tampil elegan dan berhemah. Tidak terkecuali dengan fesyen penggayaan seharian, rekaan pakaian tradisional sememangnya menampilkan ajnas gaya mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka suatu ketika dahulu.

Namun hari ini, ramai yang khuatir apabila ingin menggayakan pakaian tradisional kerana takut dilabel kolot atau kelihatan seperti terlalu matang. Hakikatnya, rekaan busana klasik ini mempunyai nilai yang tersendiri bila kena pada pilihan fabrik dan potongan yang sempurna.

Kerana itulah, POYA yang telah bertapak sekitar 18 tahun di pasaran dilihat sebagai peneraju dan kekal relevan dalam membawakan seleksi pakaian tradisional siap pakai untuk memudahkan kehidupan wanita moden kota metropolitan ini. Kekuatan pilihan yang disediakan oleh POYA sememangnya terletak kepada pilihan fabrik, penggunaan warna yang bijak serta material berkualiti tinggi.

Idea berbeza dalam menggabungkan rekaan baju kurung Pahang, baju kebaya, kebarung, baju Kedah juga baju Kedah berpesak memberikan kelainan dengan padanan kain batik berserta kerongsang klasik mengikut cita rasa anda. Anda juga boleh tampil sedondon dengan pasangan dengan seleksi kemeja batik fabrik kapas yang turut ditawarkan.

Jika saiz sering menjadi perkara yang merisaukan anda, jangan khuatir kerana POYA menyediakan rangkaian lengkap untuk memenuhi kehendak pasaran yang berbeza. Kemahiran POYA mampu membantu anda menyerlahkan lagi kejelitaan wanita dengan pemilihan potongan pakaian yang tepat dan bersesuaian mengikut bentuk tubuh anda. \\

Rekaan POYA sememangnya eksklusif, sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan. Tambahan pula setiap rekaan dalam fabrik tertentu dihasilkan dalam bilangan yang terhad untuk memastikan setiap dari pemakainya kekal istimewa dan unik. Untuk mengalami sendiri pilihan yang segar dan bergaya, kunjungi butik POYA yang terletak di Bangsar Shopping Centre dan Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.

Share this post